nuffnang

Friday, May 13, 2011

Ahmad Fedtri Yahya Dan Nurul Anati Ismail

Di Akbar Harian Metro Bertarikh 14hb.Mei 2011, Sabtu. Muka Surat R21.

Ada kisah mengenai jejaka yang amat kita kenali iaitu Saudara Ahmad Fedtri Yahya, jejaka kelahiran Pantai Remis, Perak ini yang amat sinonim dengan rancangan MHI Terbitan TV3 dan rancangan Masjid Ke Masjid. Beliau akhirnya bertemu juga jodoh dengan gadis pilihannya Nurul Anati Ismail yang berasal Pasir Mas, Kelantan.



Majlis perkahwinan di antara pasangan ini akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Pasir Mas, Kelantan pada 29hb. Mei 2011. Manakala di rumah pengantin lelaki pada 11hb. Jun 2011 di Pantai Remis, Perak.

Saya memohon kemaafan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dari kedua belah pihak jika hasil penyiaran tulisan dari laman blog ini akan mengundang rasa kurang senang. Pada pandangan saya, jika perkara yang baik kenapa harus nak disembunyi. Kepada pembaca-pembaca blog ini berikut adalah foto-foto milik kepada pasangan ini. Maafkan saya jika paparan foto ini adalah kurang tepat mengenai saudara Ahmad Fedtri Yahya dan pasangannya Nurul Anati Ismail.

Foto Ahmad Fedtri Yahya Semasa Rakaman Rancangan Masjid Ke Masjid.

Ini Pula Foto Nurul Anati Ismail (Kanan - Tudung Merah Hati)

Ini Pula Foto Kedua-dua pasangan ini.. (Dalam Bentuk Gubahan Grafik.)

Apapun..
Tahniah kepada Saudara Fedtri Kerana Akan Melangsungkan Majlis Perkahwinannya Pada 29 Mei 2011 Di Pasir Mas, Kelantan. Dengan Pasangannya Nurul Anati Ismail, Semoga Kalian Berbahagia Di Dalam Menempuh Kehidupan Yang Serba Baharu... Doakan Yang Baik2 Sahaja Untuk Kalian Berdua... Amin.

No comments:

Post a Comment