nuffnang

Thursday, September 23, 2010

Aksi Terlampau Dan Melampau



Aksi ini dirakam pada Hari Raya Aidil Fitri 2010 baru2 ini. Akibat termakan banyak lemang Dan ketupat menyebabkan aksi ini terhasil. Sungguh kurang sopan dan memalukan.. Tapi Apakan Daya dia pun mahluk Allah..

Pasangan Artis Contoh

Pasangan Vanidah Imran Dan Rashidi Ishak

Petikan Dari Utusan Malaysia.
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

APAKAH benar dakwaan yang mengatakan perkahwinan sesama artis sebenarnya tidak mampu bertahan lama seperti pasangan normal yang lain?
Sedangkan, kalau hendak memperkatakan tentang keserasian dan kesefahaman, rasanya pasangan artis lebih memahami dan arif tentang soal itu kerana masing-masing terlibat dalam dunia seni.
Pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak barangkali boleh dijadikan contoh terbaik kepada pasangan artis tempatan yang lain.
Bukan sengaja mahu mengangkat dan puji melangit pasangan selebriti ideal ini, tetapi jika diselak kembali diari seni selama mereka bergelar suami isteri, jarang benar cerita kurang enak diperkatakan tentang mereka.
Jika ke majlis anugerah pun, memang jarang juga untuk melihat sama ada Vanidah atau Rashidi hadir tanpa pasangan masing-masing. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti kelibat mereka berdua akan kelihatan.
Pasangan ini juga pernah mencipta sejarah apabila menjadi juara sulung program Sehati Berdansa musim pertama pada 2007.
Memang terasa pantas masa berlalu apabila 1 Oktober ini, genaplah usia perkahwinan mereka yang bakal mencecah 10 tahun.
Selama tempoh itu juga, baik Vanidah mahupun Rashidi mengakui pelayaran bahtera rumah tangga ada ketikanya perlu mengharungi gelora yang sudah menjadi asam garam dalam kehidupan sepasang suami isteri.
Tetapi, pendirian yang diambil oleh pasangan ini adalah untuk menyelesaikan segala masalah di dalam rumah tanpa membabitkan pihak lain yang dilihat hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Bukan itu sahaja, Vanidah dan Rashidi turut memberitahu komunikasi juga amat penting untuk memelihara kerukunan rumah tangga mereka.
Sewaktu berbicara dengan Shidi pada majlis ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka yang berlangsung di PNB Darby Park, Kuala Lumpur, malam Isnin lalu, aktor kacak ini mengakui tahun pertama perkahwinannya tempoh yang paling sukar khususnya dari aspek kewangan.
Mana tidaknya, sebagai ketua keluarga, ketika itu, selama tujuh bulan dia menganggur kerana ketiadaan pekerjaan termasuk tawaran persembahan.
"Hanya Vee (panggilan untuk Vanidah) sahaja yang bekerja dan rezeki mula datang mencurah satu per satu sebaik sahaja Vee disahkan hamil anak pertama.
"Selain tawaran berlakon, Vee juga ditawarkan berlakon iklan Maggi dan duit yang diterima Vee itu kami gunakan untuk menampung keperluan hidup serta membayar segala apa jua yang perlu dilangsaikan.
"Kebetulan juga ketika itu, saya mendapat tawaran berlakon filem Seri Dewi Malam. Sejak daripada itu, kami memang menitik beratkan soal kewangan dan hasil pendapatan yang kami terima juga disatukan untuk membayar bil serta untuk keperluan lain," cerita Rashidi atau lebih mesra dengan panggilan Shidi ketika membuka cerita tentang tempoh awal perkahwinannya.
Praktikal
Menyambung bicara, selama bergelar suami kepada Vanidah, dia bersyukur kerana isterinya itu bijak mengendalikan rumah tangga dengan baik.
Baginya, Vanidah merupakan seorang yang praktikal dan begitu mementingkan kesempurnaan untuk keluarga mereka.
"Bukan itu sahaja, Vee juga tahu batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri dan ibu apabila menimbangkan tawaran untuk sesuatu projek lakonan.
"Saya percaya kerana dengan pendiriannya itu jugalah ramai yang menghormatinya. Apa yang boleh saya katakan, nama Vanidah Imran itu semakin besar hari ini jika hendak dibandingkan ketika dia mula-mula muncul dulu," kata Shidi yang juga pemuzik kumpulan Dead Mushroom ini penuh bersungguh.
Shidi yang pernah membintangi filem Mimpi Moon ini juga memberitahu resipi kebahagiaan rumah tangganya adalah kerana keseimbangan karakter antara dirinya dengan Vanidah.
Jika Vanidah seorang yang cepat marah dan baran, Shidi pula lebih tenang. Dalam erti kata lain, Shidi dianggap sebagai air yang mampu memadamkan api yang sedang marak.
"Kalau Vee sedang marah, saya biarkan dia tenang dahulu sebelum memulakan perbincangan. Kalau nak tahu, saya bukanlah seorang yang romantik dan tidak pandai hendak memujuk (ketawa).
"Saya lebih mengambil sikap rasional dan realistik. Dalam rumah tangga pun, Vee yang paling banyak bercakap manakala saya pula menjadi seorang pendengar yang setia dan hanya memberikan pandangan bila diperlukan.
"Begitu juga dengan soal cemburu. Bohonglah kalau saya kata tiada perasaan itu tetapi kami profesional dan cemburu itu harus bertempat. Kami dalam dunia seni dan perlu tahu kedudukan masing-masing serta saling menghormati.
"Itulah amalan kami selama sedekad menjadi suami isteri," ujar anak ketiga daripada empat adik-beradik ini lagi.

Tuesday, September 21, 2010

Salam Perkenalan... Buat Semua Pengunjung


Salam 1Malaysia Dan Salam 1Dunia Buat Semua Pelawat blog aku..
Blog ini dalam pembikinan.. dan akan dikemas kini secara berperingkat..
Sila Datang Semula.. Jika Ada Kelapangan..

Terima Kasih Semua..