nuffnang
Friday, March 18, 2011
Cara Kadar Pengiraan Dividen KWSP Anda
Mungkin Ramai Di Antara Kita Kurang Arif Bagaimana Dividen KWSP Kita Dikira,
Andai Kata Kita Mempunyai Baki Dalam Simpanan KWSP Kita Sebanyak RM1000.
Pada Awalan Tahun Kerajaan Akan Membuat Pengumuman Kadar Dividen Yang Di Istiharkan.
Sebagai Contoh Dividen 5.80%. Maka 5.80% Tidaklah Boleh Di Kira Pada Baki Keseluruhan Pada Tahun Berkenaan.
Contoh: RM1000 X 5.80% = RM58.00 (Kiraan Ini Adalah Salah...) :)
Berikut Adalah Contoh Jadual Pengiraan Dividen Yang Diguna Pakai Oleh KWSP.
Dividen
Simpanan KWSP anda merupakan simpanan jangka masa panjang untuk persaraan anda. KWSP akan memastikan simpanan tersebut selamat dan memperolehi dividen yang sewajarnya. Bagi mencapai tujuan ini,KWSP melaburkan simpanan anda untuk mendapatkan pulangan yang optimum. Pulangan dari simpanan ini akan diagihkan kepada anda di dalam bentuk dividen, yang diperolehi daripada pendapatan bersih KWSP.
Kadar Dividen Andaian = 4.25%
Baki dalam simpanan pada 1 Januari Awal Tahun = RM1,000.00
Caruman bulanan yang diterima setiap bulan = RM100.00
Pengiraan Dividen:
Baki Pembukaan RM1,000.00 x 4.25% x 12/12 = RM42.50
Januari RM100 x 4.25% x 11/12 = RM3.90
Februari RM100 x 4.25% x 10/12 = RM3.54
Mac RM100 x 4.25% x 9/12 = RM3.19
April RM100 x 4.25% x 8/12 = RM2.83
Mei RM100 x 4.25% x 7/12 = RM2.48
Jun RM100 x 4.25% x 6/12 = RM2.13
Julai RM100 x 4.25% x 5/12 = RM1.77
Ogos RM100 x 4.25% x 4/12 = RM1.42
September RM100 x 4.25% x 3/12 = RM1.06
Oktober RM100 x 4.25% x 2/12 = RM0.71
November RM100 x 4.25% x 1/12 = RM0.35
Disember RM100 x 4.25% x 0/12 = RM0.00
Jumlah Dividen = RM23.38
Andaian Dividen Pada Kadar 4.25% = RM42.50 + RM23.38
= RM65.88
ps: Di Harap Pengiraan Ini Berguna Kepada Anda. :)
Labels:
Pengiraan Dividen KWSP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
banyak membantu..boleh guna lam pengiraan asb jugak kn??
ReplyDeleteASB kira mengikut baki berakhir tidak sama seperti di atas
ReplyDeletekalau ada pengeluaran dibuat mcm mana pulak?
ReplyDeleteDividen ASB dikira seperti berikut:
ReplyDeleteBaki akhir SETIAP bulan dari Jan hingga Dis dicampurkan. Jumlahnya dibahagi dengan 12. Hasil pembahagian X % dividen diisytihar.
Contoh:
Baki akhir di akaun ASB pada hujung bulan-bulan berikut:
Jan 1000
Feb 2000
Mar 4000
Apr 3000
May 2000
Jun 5000
July 6000
Ogos 7000
Sept 8000
Oct 6000
Nov 10000
Dec 12000
Jumlah RM 66000
Jumlah purata = 66000 / 12 bulan
= 5500.
Jumlah dividen = 5500 X 7.65%
= RM 420.75
kaedah pengiraan dividen kwsp tidak betul dan tidak tepat..adakah kaedah pengiraan sudah berubah atau kaedah ini memang tidak tepat.
ReplyDeleteSekiranya saya keluarkan semua Wang kwsp pada bula sept 2020 bagaimana kiraan dividen pada tahun tersebut .untuk pengetahuan umur saya Bulan ogos mencapai 55 tahun.tkasih
ReplyDeleteBagaimana nak kira dividend 2020
ReplyDeleteUmur 55