nuffnang

Showing posts with label Pengiraan Dividen KWSP. Show all posts
Showing posts with label Pengiraan Dividen KWSP. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Cara Kadar Pengiraan Dividen KWSP Anda



Mungkin Ramai Di Antara Kita Kurang Arif Bagaimana Dividen KWSP Kita Dikira,
Andai Kata Kita Mempunyai Baki Dalam Simpanan KWSP Kita Sebanyak RM1000.


Pada Awalan Tahun Kerajaan Akan Membuat Pengumuman Kadar Dividen Yang Di Istiharkan.
Sebagai Contoh Dividen 5.80%. Maka 5.80% Tidaklah Boleh Di Kira Pada Baki Keseluruhan Pada Tahun Berkenaan.


Contoh: RM1000 X 5.80% = RM58.00 (Kiraan Ini Adalah Salah...) :)

Berikut Adalah Contoh Jadual Pengiraan Dividen Yang Diguna Pakai Oleh KWSP.


Dividen
Simpanan KWSP anda merupakan simpanan jangka masa panjang untuk persaraan anda. KWSP akan memastikan simpanan tersebut selamat dan memperolehi dividen yang sewajarnya. Bagi mencapai tujuan ini,KWSP melaburkan simpanan anda untuk mendapatkan pulangan yang optimum. Pulangan dari simpanan ini akan diagihkan kepada anda di dalam bentuk dividen, yang diperolehi daripada pendapatan bersih KWSP.

Kadar Dividen Andaian = 4.25%
Baki dalam simpanan pada 1 Januari Awal Tahun = RM1,000.00
Caruman bulanan yang diterima setiap bulan = RM100.00
Pengiraan Dividen:

Baki Pembukaan RM1,000.00 x 4.25% x 12/12 = RM42.50
Januari RM100 x 4.25% x 11/12 = RM3.90
Februari RM100 x 4.25% x 10/12 = RM3.54
Mac RM100 x 4.25% x 9/12 = RM3.19
April RM100 x 4.25% x 8/12 = RM2.83
Mei RM100 x 4.25% x 7/12 = RM2.48
Jun RM100 x 4.25% x 6/12 = RM2.13
Julai RM100 x 4.25% x 5/12 = RM1.77
Ogos RM100 x 4.25% x 4/12 = RM1.42
September RM100 x 4.25% x 3/12 = RM1.06
Oktober RM100 x 4.25% x 2/12 = RM0.71
November RM100 x 4.25% x 1/12 = RM0.35
Disember RM100 x 4.25% x 0/12 = RM0.00
Jumlah Dividen = RM23.38

Andaian Dividen Pada Kadar 4.25% = RM42.50 + RM23.38
= RM65.88

ps: Di Harap Pengiraan Ini Berguna Kepada Anda. :)