nuffnang

Wednesday, March 16, 2011

20 Pelajar Asrama Penuh Dibuang Jentik Dahi Junior



BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.

“Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata ketika dihubungi.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini.

Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit.

Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu.

“Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab sukar bagi kami untuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan,” katanya semalam.

Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras.

Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu.

“Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri,” katanya.

Komen Saya:

Sepatut pelajar harus tahu.. tanggungjawab mereka untuk belajar bukan membuli..
Sebab itu bermula tahun ini pendidikan sekolah rendah tahun ini menggunakan modul baru KSSR, Modul bersepadu akhlak, akademik dan jati diri.
Kalau nak rasa membuli kau orang masuklah tentera, baru tahu dunia tu tinggi ke rendah..
Well.. mereka patut diberi peluang kali kedua. Jika tindak-tanduk mereka mencurigakan.. maka tindakan buang sekolah itulah jawapan yang terbaik..
Saya pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh dan pernah berhadapan dengan situasi ini. Maka ibubapa harus faham.. mereka bukan calang2 orang yang terpilih untuk memasuki asrama penuh ini.., tapi anak mereka yang mengkhianati ibubapa dan kepercayaan kementerian..

Monday, March 14, 2011

Penggunaan Botol Susuan Polikarbonat (Polycarbonate)

Penggunaan Botol Susu Polycarbonate Akan Diharamkan Secara Berperingkat Berikutan Hasil Ujian Makmal Menunjukkan Bahan Berkenaan Boleh Menyebabkan Pelbagai Komplikasi Penyakit Seperti Kanser Dan Masalah Urat Saraf. Penggunaan Kepada Bayi Mendatangkan Lebih Banyak Risiko Kemudaratan Memandangkan Sistem Imum Atau Antibodi Bayi Masih Di Peringkat Rendah.

Berikut Adalah Kod-kod Plastik Berbentuk Tiga Segi Yang Tertera Di Bawah Setiap Bekas Plastik Termasuk Botol Dan Bekas-Bekas Makanan. Bekas 'Polystrene' Adalah Bekas Yang Paling Merbahaya.. Kerana Toksik Boleh Meresap Ke Dalam Sistem Peredaran Darah Manusia.

Maksud Lambang Segitiga di Bawah Botol Plastik

Tahukah anda apa maksud lambang segitiga di bawah botol plastik? Ramai yang beranggapan lambang segitiga di bawah botol plastik bermaksud recycle. Sebenarnya anda salah. Lambang segitiga di bawah botol plastik tidak membawa maksud recycle semata-mata kerana ada nombor di dalamnya. Nombor di dalam segitiga itu yang membawa maksud yang boleh membawa maut kepada anda.


Pasti anda pernah ternampak gambar segitiga di atas pada botol plastik yang anda guna. Pernah tak anda minum air di dalam botol plastik dan anda rasa air itu seperti plastik?! Sebenarnya anda memang sedang meminum plastik!! Bahan kimia yang terdapat botol tersebut boleh terhakis dan melarut di dalam air jika di gunakan banyak kali. Dan botol bertanda 3, 6 dan 7 adalah paling berbahaya!! Jangan gunakan botol bernombor ini lebih dari sekali jika anda ingin hidup lama!

Bahan yang di gunakan membuat botol mengikut nombor.

Wednesday, March 9, 2011

Kekejaman Terhadap Haiwan

Mengapalah ada manusia yang sanggup memperlakukan haiwan sedemikian begitu. Begitu kejam dan memalukan.Si ibu kucing tidak mampu mempertahankan anaknya.. Betapa KEJAMNYA MAKHLUK YANG BERNAMA MANUSIA. Kisah ini berlaku di kawasan Seri Kembangan, Selangor.Dan berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup.

Berikut adalah videonya..



Manakala link berikut menunjukkan tindakbalas dari kejadian ini...




http://tatiambia.blogspot.com/2011/03/chow-xiao-wei-cat-abuser-from-serdang.html

Friday, March 4, 2011

Lelaki Nak Jadi Perempuan..


Apalah nak jadi dengan manusia nie yaa..
Dah elok-elok tuhan bagi kat kita jantina sejak lahir dan azali lagi..
Dupp.. dupp.. pee tukar pulak..
Bagi Penganut Agama Islam. Hukumnya Haram!!
Sebab saja2 mengubah ciptaan dan kurniaan Allah.


Nielah link dia..

http://www.youtube.com/watch?v=jvMLA_89zEA
Add to Technorati Favorites

Thursday, March 3, 2011

Ada apa perut bumi?

Perut bumi adalah terhasil dari kepelbagaian mineral, batu, tanah dan cecair. Titik pusat perut bumi adalah berupa bola bebesi di kelilingi cecair yang teramat panas...yang mana kita tahu ia terpacar keluar dari letusan gunug berapi..